Tarikh istimewa yang saya tahu ialah persembahan istimewa” – Dakwa sudah bertunang, Dayang Nurfaizah pilih kunci mulut
PENYANYI Dayang Nurfaizah memilih untuk membiarkan semua pihak terus berteka-teki berhubung dakwaan bahawa beliau sudah mengikat tali pertunangan dan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang telah ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa.
“Kali terakhir adalah pada tahun 2017, jadi ini sangat eksklusif,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media persembahan Janji, pada Isnin.
Ketika ditanya sama ada beliau sudah bersedia menamatkan zaman bujang, pelantun lagu Di Pintu Syurga itu hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Doakan yang terbaik untuk saya,” katanya ringkas.
Terdahulu, nama Dayang pernah dikaitkan dengan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, apabila timbul spekulasi bahawa mereka telah bertunang secara senyap.
Namun, Hael sebelum ini telah tampil menafikan dakwaan yang tular di media sosial itu.
Sementara itu, berkongsi keistimewaan Janji With Dayang, anak kelahiran Sarawak itu berkata, beliau memilih untuk mengadakan persembahan berskala sederhana bagi menghiburkan peminat dalam suasana lebih santai dan mesra.
Dayang turut meluahkan rasa terharu dengan sambutan hangat daripada peminat apabila tiket persembahan eksklusif tersebut habis dijual dalam tempoh singkat.
Sumber: Astro Awani/Sinar Harian
Leave a Reply