Category: Selebriti

  • Saya Sentiasa Terinspirasi Dengan Orang Yang Selalu Boleh Khatam Al-Quran” – Neelofa

    Saya Sentiasa Terinspirasi Dengan Orang Yang Selalu Boleh Khatam Al-Quran” – Neelofa

    Saya Sentiasa Terinspirasi Dengan Orang Yang Selalu Boleh Khatam Al-Quran” – Neelofa

     

     

    Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkata dia sentiasa terinspirasi dengan mereka yang mampu khatam Al-Quran secara berterusan.
    Menerusi video tular di TikTok, Neelofa berkata dia sering memaksa diri untuk menonton konten-konten Islamik untuk kekal istiqamah.
    “Pertama, saya sentiasa terinspirasi dengan orang yang selalu boleh khatam Al-Quran. Kedua, bila tengok reels di media sosial, saya bukan sahaja tengok yang lawak tapi yang menyentuh hati.
    “Saya memang tidak akan scroll kalau ada reels islamik. Walaupun kita tak nak dengar, paksa juga dengar,” katanya.
    Sementara itu, suaminya pendakwah bebas PU Riz atau Haris Ismail turut memuji perubahan isterinya itu yang berpakaian menutup aurat meskipun dalam cuaca panas.

     

     

    Kredit: Rotikaya
  • Yang Dah Pergi Umrah Paling Seksi” – Netizen

    Yang Dah Pergi Umrah Paling Seksi” – Netizen

    Yang Dah Pergi Umrah Paling Seksi” – Netizen

    Perkongsian video oleh salah seorang anggota DeFam iaitu Sophia Liana menjadi perhatian memaparkan rakan artis lain antaranya Daiyan Trisha, Yaya Zahir dan Azira Shafinaz.
    Menerusi video di TikTok itu, mereka sedang melakukan traian yang kini popular di platform berkenaan.
    Diruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai penampilan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha memandangkan dia telah pun menunaikan ibadah umrah.
    Sementara itu, ada yang mempersoalkan pergi menunaikan ibadah umrah untuk apa sebenarnya. Tidak kurang juga, ada yang berharap agar mereka diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sumpurna.
  • Anak Dharma Harun terkejut disuruh berhenti belajar, cari kerja

    Anak Dharma Harun terkejut disuruh berhenti belajar, cari kerja

    Anak Dharma Harun terkejut disuruh berhenti belajar, cari kerja

    Anak kedua pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, meluahkan perasaan kecewa apabila masih ada pihak mempertikai tindakan dia dan kakaknya, Siti Qurratu Aini, 37, yang masih belajar di saat ayah mereka diuji dengan sakit dan tiada pendapatan.

    Paling mengecewakan apabila individu yang pernah berjanji mahu membantu mereka, menempelaknya apabila dihubungi baru-baru ini.

    “Individu terbabit pernah datang menziarah ayah sebelum ini dan beri nombor telefonnya. Dia kata kalau ada apa-apa masalah hubungi dia.

    “Jadi apabila keadaan kami terdesak disuruh berpindah rumah sewa oleh pemiliknya hujung bulan ini, saya pun hubungi dia seperti kata-katanya untuk mohon bantuan.

    “Tapi agak menyedihkan apabila dia menempelak saya dan kata saya dah patut berkerja untuk cari wang dan bukan terus belajar. Memang saya terkejut jadinya,” katanya kepada Harian Metro.

    Syafiq berkata, dia dan kakaknya mahu terus belajar dan selepas ini mahu mencari pekerjaan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama bapa mereka.

    “Saya baru tahun pertama dalam Fakulti Penulisan Kreatif dan filem (FPKF) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Tapi dah selesai semester satu dan dua. Selepas ini saya akan selesaikan semester tiga hingga lima.

    “Kakak saya juga pelajar Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA. Dia tinggal satu semester lagi iaitu semester lima kemudian enam (Latihan Industri). Tahun depan dia dah start kerja.

    “Sikit sahaja lagi tinggal tiga bulan sahaja. Takkanlah dia nak kena berhenti? Tolonglah bagi sikit ruang. Kakak saya dah nak tamat belajar pun. Tolonglah bagi sikit lagi sokongan,” katanya yang turut bekerja secara sambilan.

    Menurutnya, prestasinya di ASWARA sekarang amat bagus dan mukanya asyik terpampang di sana. Jadi amat merugikan sekiranya dia berhenti belajar.

    Terdahulu, ayahnya Dharma, 69, semasa menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave baru-baru ini berkata, dia tidak tergamak menyuruh dua anaknya tinggalkan pengajian dan bekerja.